Assalamualaikum w.b.t
Hello sume.. skang ni saye ade satu perkara baru nak dikongsi bersama pembaca2 sume..
Beberapa bulan lalu, saya ade duduk minum bersama dengan rakan sekerja saya di petaling jaya.. kami berbincang mengenai keadaan politik malaysia lebih-lebih lagi pasal politik melayu..
Pada awal2 kemenangan parti pembangkang yang agak berjaya, saya agak berpuas hati dengan kejayaan mereka kerana terasa seakan2 ingin menghukum kerajaan pak lah. Namun selepas difikir2kan semula, kemenangan pihak pembangkang itu sebenarnye membahayakan kedudukan orang melayu di Malaysia...
Ada satu pepatah melayu yang berbunyi:-
"Menang bersorak, kampung tergadai"
Kalau kita hayati pepatah melayu ni, seakan2 sama dengan keadaan pakatan pembangkang sekarang ni... kalu kita fikir betul2, memang ramai orang melayu yang menyokong pakatan pembangkang ni, tapi orang yang diwakili oleh pakatan ini kebanyakkanye bukan orang yang berbangsa melayu...
Antara parti-parti besar yang terdapat dalam pakatan pembangkang seperti yang diketahui umum adalah:
1. PKR
2. PAS
3. DAP
Walaupun PKR diketuai oleh orang melayu namun ahli2nya majoriti bukan melayu... PAS pula kurang diminati. Dan akhir skali, boleh dikatakan pihak pembangkang cemerlang pada Pilihan raya yang lepas adalah kerana kemenangan besar oleh parti DAP yang mana 100% ahlinya adalah kaum cina..
Kalau dikaji semula, Pakatan Rakyat majoritinya adalah pakatan kaum bukan melayu yang mana pada masa kini ramai orang melayu menyokongnya dan ini bererti orang melayu menyokong orang-orang bukan melayu mentadbir malaysia.. Dalam dewan negeri selangor contohnya, kebanyakkan ahli-ahli nya terdiri dari orang bukan melayu, maka dengan itu segala perkara yang mereka inginkan seperti perlahankan laungan azan dan kandang babi moden dapat dipersetujui dengan mudah kerana majoritinya adalah dari kalangan orang bukan melayu..
Pada masa kini, mereka semakin berani untuk membangkitkan isu-isu sensatif seperti hak istimewa orang melayu dan juga hal-hal berkaitan dengan agama islam...
Oleh itu para sahabat sekalian, renungkanlah.. Jangan sampai jadi seperti apa yang saya katakan awal tadi:- "Menang bersorak, kampung tergadai"...
Wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment