Sunday, 19 April 2009

Hobi terbaru!

Assalamualaikum...

Untuk pengetahuan sume, skang ni saye dah start dengan HOBI baru ah..

baru tak baru sebenarnye, dah dekat 2 bulan menceburi alam fotografi.. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah: IANYA AMAT MENYERONOKKAN! tapi... hobi yang mengikis poket dan wallet anda. hobi ni memerlukan wang yang banyak.. maka itulah masalah yang dihadapi oleh jurugambar amatur di malaysia nie..

Body camera ni tak mahal sangat, sekarang ni sume golongan pon dah mampu nak beli camera DSLR ni.. harga dier turun mendadak.. tapi harga lens dier tetap mahal! satu lens bleh beli 2 body! dem sungguh..

gamba model kat atas ni aku amek mase ade pesta camera digital anjuran majalah Digital Camera Magazine (DCM) dekat Mid Valley Megamall.. Yang tu model camera nikon.. Ouh lupe plak nak memperkenalkan kamera aku. Kat bawah ni biodata beliau.. hehe...

Name: Canon EOS 40D
Parents: Canon
Type: D-SLR
Lens available: Kit lens 18-55mm f/3.5-5.6 IS
Flash: Speedlite 430EX-II

Huhu.. skang ni dah tinggal nak beli lens ngan tambah satu lagi flash.. Speedlite 580EX-II (harga RM2060. Dem bukan?) huhu..


Tapi paling penting skang ni nak beli lens ah... Kat bawah ni planning aku untuk beli lens:

1. EF 24 - 70mm f/2.8L USM (RM7k)
2. EF 70 - 200mm f/2.8L IS USM (RM8k)
3. EF 16-35mm F2.8L II USM (RM7k)
4. EF 15mm f/2.8 Fisheye (RM3k)

uhuk.. maka total duit untuk aku beli sume lens ni adalah RM25k!!! pale hotak aku! aku bleh kawen ngan lens2 nie.. dem.. haha..

Ok lah.. mungkin pasni aku akan banyak post pasal photgraphy ah kot dalam ni.. oleh itu jumpe lagi di lain hari.. tata..

Friday, 26 December 2008

Sedarlah orang melayu

Assalamualaikum w.b.t

Hello sume.. skang ni saye ade satu perkara baru nak dikongsi bersama pembaca2 sume..

Beberapa bulan lalu, saya ade duduk minum bersama dengan rakan sekerja saya di petaling jaya.. kami berbincang mengenai keadaan politik malaysia lebih-lebih lagi pasal politik melayu..

Pada awal2 kemenangan parti pembangkang yang agak berjaya, saya agak berpuas hati dengan kejayaan mereka kerana terasa seakan2 ingin menghukum kerajaan pak lah. Namun selepas difikir2kan semula, kemenangan pihak pembangkang itu sebenarnye membahayakan kedudukan orang melayu di Malaysia...

Ada satu pepatah melayu yang berbunyi:-

"Menang bersorak, kampung tergadai"

Kalau kita hayati pepatah melayu ni, seakan2 sama dengan keadaan pakatan pembangkang sekarang ni... kalu kita fikir betul2, memang ramai orang melayu yang menyokong pakatan pembangkang ni, tapi orang yang diwakili oleh pakatan ini kebanyakkanye bukan orang yang berbangsa melayu...

Antara parti-parti besar yang terdapat dalam pakatan pembangkang seperti yang diketahui umum adalah:

1. PKR
2. PAS
3. DAP

Walaupun PKR diketuai oleh orang melayu namun ahli2nya majoriti bukan melayu... PAS pula kurang diminati. Dan akhir skali, boleh dikatakan pihak pembangkang cemerlang pada Pilihan raya yang lepas adalah kerana kemenangan besar oleh parti DAP yang mana 100% ahlinya adalah kaum cina..

Kalau dikaji semula, Pakatan Rakyat majoritinya adalah pakatan kaum bukan melayu yang mana pada masa kini ramai orang melayu menyokongnya dan ini bererti orang melayu menyokong orang-orang bukan melayu mentadbir malaysia.. Dalam dewan negeri selangor contohnya, kebanyakkan ahli-ahli nya terdiri dari orang bukan melayu, maka dengan itu segala perkara yang mereka inginkan seperti perlahankan laungan azan dan kandang babi moden dapat dipersetujui dengan mudah kerana majoritinya adalah dari kalangan orang bukan melayu..

Pada masa kini, mereka semakin berani untuk membangkitkan isu-isu sensatif seperti hak istimewa orang melayu dan juga hal-hal berkaitan dengan agama islam...

Oleh itu para sahabat sekalian, renungkanlah.. Jangan sampai jadi seperti apa yang saya katakan awal tadi:- "Menang bersorak, kampung tergadai"...

Wassalam...

Sunday, 29 June 2008

Stupid accusation..

Assalamualaikum w.b.t...

Hmm.. It's been a while since the last time i post something in this blog...

Well, before this I'm busy with my study and sadly at my place there's no internet connection (sigh..), so i can't wrote anything in this blog..

now I'm working and I'm able to express my feelings or share some knowledge about anything i gained from my working experience later on..

but, for this post i just want to express my thought on something that i read in the newspaper today (29/06/08) regarding the report lodge on DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) where he's accused for sodomizing a 23 yo "boy"..

i think, this fella is stupid, moron and just want a cheap publicity... if you have been detained in a prison for couple of years, do you still want to do the same crime, stupid crime? DSAI is thinking about how to be next Malaysia Prime Minister, not thinking about that small, dirty, at the back of a male hole!

this tactic / strategy to take DSAI down is so lame... even a teenager that doesn't even care about Malaysian politic knows that all this is a conspiracy to take DSAI down..

I'm not a fan of PKR or a fan pf DSAI, but this accusation is just absurd, irrelevant, and irrational.. What do you think?

hmmm.. lame.. lame...

Saturday, 17 March 2007

Salam perkenalan

Hello...

Nama aku: Mohd Syamsul Anwar Nordin
Dilahirkan pada: 31 Julai 1985 yang membawa maksud kini aku berumur 21 tahun, 8 bulan (lebih kurang ah)...

Aku tinggal bersama keluarga di Putrajaya, tapi skang ni masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, mengikuti kursus Ijazah Sajana Muda Kejuruteraan Awam di Skudai, Johor Bahru, Malaysia.

Anda sume pasti menganggap aku ni skema memandangkan cara penulisan aku ni macam skema.. tapi sebagai permulaan, baik skema.. takkan nak terus berkasar..

Oleh itu, diharap ini sebagai satu permulaan kepada perkenalan aku.. Jumpa lagi dilain hari.. wassalam...